Tuesday, March 12, 2013

ku tahu ku ada Mu




Setiap orang,Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.
Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis.
Pasti ada.
Kerana dia juga manusia.
Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa,
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,
Kamu silap, dan kamu salah.
Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan.
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.
Ada.
Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,
Kamu yang tak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah,
paling sakit diuji,
Paling berat diduga.
Ada.
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Sudahlah, kesat air matamu,
Walau serumit mana situasi kamu.
Pujuk hatimu.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.
Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu.
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaan kamu. ”

Wednesday, February 15, 2012

Palmar Hyperhidrosis

oh tidak! huhu... aku mengalami penyakit Palmar Hyperhidrosis atau lebih di kenali sebagai penyakit tapak tangan berpeluh... walaupun penyakit ni tidak merbahaya, tapi membuatkan aku tak selesa.. sebabnya! kalau nak salam kawan-kawan, saudara mara mesti nak kena lap tangan dulu... dah lap pun tetap ada jugak... huhu.. kadang-kadang waktu sejuk pun tapak tangan tetap berpeluh, tapi sejuk.. =\

dulu masa kat sekolah nak pegang pen pun habis basah pen tu... haha! masalah-masalah... so, siapa berani nak pinjam pen aku? hahaha! tapi tak apalah... dah takdirkan... :') ok.. aku ada baca antara kemungkinan penyebab penyakit ini...

salah satunya ialah :

  • Mengalami gangguan pada jantung, paru-paru, sesak nafas dan strees.. (dulu pernah cek jantung, alhamdulillah tak ada apa-apa.. tapi strees tu mungkin.. hehe)
  • Di kaitkan dengan 3 organ iaitu otak, jantung dan organ reproduktif..
  • Alahan
  • Gangguan emosi contohnya gelisah, marah, kebingungan, was-was, cemas, dll.. (yang ni mungkin) 
  • faktor genetik

contoh situasi yang sering dihadapi oleh penghidap penyakit ini :

  • rasa segan nak salam dengan orang.. 
  • mengesat-ngesat dahulu tangan sebelum bersalaman..
  • memerlukan tisu bila nak pegang sesuatu sebab bila tangan berpeluh, nak pegang benda tu pun macam licin.. 
  • setiap kali memegang sesuatu, pasti akan meninggalkan kesan basah kat benda tersebut..

urm.. banyak yang betulnya.. memang tak selesa bila tapak tangan berpeluh.. nak buat pegang sesuatu mesti kena lap tangan dulu.. kadang-kadang dah lap pun masih bepeluh lagi.. ada sesiapa yg mengalami penyakit yg sama? cuba cerita sikit macam mana nak hilangkan penyakit ni.. sekian.. terima kasih.. haha!


Friday, February 3, 2012

Malam! Dingin Lavenda! PLKN!


Tepat jam 1.00 am aku memulakan menaip.. Malam yang begitu dingin bak kata kak ziana kita.. 
Membuatkan aku bergetar, menggigil kesejukan.. dengan kedinginan ini, tiba-tiba teringat cerita Dingin Lavenda pulak.. haha.. best sangat cerita tu.. menangis tadi tengok.. tak tahu lah apa yang sedih sangat tadi hingga menitiskan air mata.. ;) cerita tu betul-betul membuatkan kita kenal apa itu erti persahabatan.. kawan yang suka-suka memang senang nak cari.. tapi kawan yang menangis bila kita dalam kesusahan memang sukar nak cari.. Alangkah indahnya jika ada sahabat seperti Jannah.. 

Apa-apa pun semua kawan-kawan cek memang baik-baik.. love you all.. hehe.. sangat bersyukur dapat kawan-kawan yang baik-baik ni.. harap semua jangan lupa waktu dulu-dulu kita bersama mengejar impian walaupun aku yakin kita akan terpisah buat sementara untuk mencari erti kehidupan yang sebenar.. 
hihi.. urm, tak lama lagi nak kena pergi PLKN nak berkhidmat untuk negara.. tapi tak tahu lagi dapat kat mana.. harap dapat tempat yang best-best lah.. bersyukur sangat dapat masuk PLKN sebab 
macam-macam pengalaman yang akan kita dapat.. daripada kita dok membuang masa kat 
rumah, lebih baik pergi PLKN.. ada juga faedahnya.. 

Hurm.. Risau sangat kalau dah pergi PLKN nanti.. Mesti ramai yang akan bersedih dengan 
pemergianku ke sana nanti.. mereka juga akan merinduiku.. oh tidak.. aku sangat risau jika mereka tiada selera untuk makan bila aku tiada di sisi mereka nanti.. aku berharap mereka doakan kejayaan aku berkhidmat untuk negara.. yang penting! kenang daku dalam doamu.. calling-callinglah kalau rindu.. hehe.. sebelom nak pergi PLKN, teringin sangat nak berkumpul dengan family, saudara-mara pergi mandi-manda.. maklum lah, kat sana nanti bukan boleh mandi puas-puas.. haha.. dalam perancangan nak pergi bercanda di pasiran pantai.. tak pun sungai.. tapi rasanya sungai.. takut nak pergi pantai.. harap jadilah.. 
selalunya hangat-hangat tahi ayam je..

ok lah.. apa-apa pun kita hanya mampu merancang.. Tuhan yang menentukan.. kalau tak jadi pergi, mungkin ada hikmah di sebaliknya.. urm.. perut pun dah berbunyi.. lapar.. huhu.. tak ada benda nak makan.. biskut je ada.. tak mengenyangkan.. hehe.. Astagfirullahalazim.. biskut tu juga makanan.. makan untuk alas perut.. kita sangat bertuah sebab ada makanan.. ramai lagi manusia di luar sana yang kebuluran.. nasihat untuk diri sendiri dan semua umat manusia.. bersyukur dengan segala nikmat yang di beri Allah SWT.. ok lah.. malam dah semakin dingin hingga menusuk di kalbu ni.. huhu.. Salam.. :)

Tuesday, December 6, 2011

Saya Sudah Dewasa!


Assalamualaikum... pada hari ini... 
6 dec 2011... tepat jam 4.01 petang... 
saya dah jadi 0rang dewasa atau matang... 
wah! huhu... tak sangka dah tamat sek0lah...
rasa macam tanggungjawab makin besar 
pulak... hehe..lega sangat SPM dah abis... 
lepas ni nak pergi PLKN pulak.. mangai! macam 
mana la nanti kat sana.. apa-apa pun..
kita kena berani menghadapi risiko... wek :P

memandangkan tanggungjawab dah semakin
besar ni, banyak benda nak kena fikir... hehe... 
first sekali nak cari duit... huhu... lepas SPM ni ramai
yang nak cari kerja... tapi saya rasa saya nak jadi 
b0ss la.. hehe.. siapa-siapa yang kerja jumpa 
saya ek... hehe...tapi sebenarnya umur macam 
ni masih lagi remaja...20 nanti baru dewasa... tapi tak 
kesah la... nak dewasa jugak... hehe... baru nampak 
seorang wanita yang matang... huhuhu...

nak jadi seorang yang matang ni... kita haruslah 
banyak bersabar.. bersabar paling penting untuk 
menjadi seorang yang matang... sabar kat sini 
bermaksud kita jangan mudah melatah... 
bukan melatah sebab terkejut ye... huhu... lepas tu 
kita kena la jugak bert0lak ansur jangan jadi 
macam budak-budak... hehe.. bila dah nak
 jadi orang yang matang ni... kita kena lah jugak 
buat benda-benda yang berfaedah... 
manfaatkan masa... (diri sendiri pun suka buat 
benda-benda yang pelik) HAHA...

apa-apa je lah... janji berusaha menjadi se0rang
yang matang dan bertanggungjawab gitu... hehe... 
lebih baik berusaha daripada tak berusaha langsung...
macam pelik je bunyi nye.... kah3!!! wek~
0k... untuk semua yang dah dewasa tu... selamat 
menempuh alam dewasa... jangan jadi SBRB
(Sombong, Bongkak, Riak, Berlagak)
hehehe... sem0ga maju jaya dengan berjaya... 
HAHA! ~_~ Assalamualaikum wbt... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...