Wednesday, December 29, 2010

dah nak sekolah (form5)


Assalamualaikum wbt.....
pejam celik pejam celik cpt betul masa berlalu....
rasa macam x puas pulak dgn cuti kali ni....
sebbab rasa macam cepat sangat.... ~_~
minggu dpn dh sekolah... f0rm5 pulak tu....
takut n x sabar...... takut sbb nk amik spm, x sabar sbb nk abes sekolah...
hahaha.... kalau dh abes sekolah mungkin bebas sikit....
bukn pergaulan bebas ye~!
maksud nye kat cni mcm x de la terkongkong sgt nnt....

urm... urm... urm.... haha...
apa2 pun.... pas ni kene la kurang kan 0nline......
tp susah betul nak kurangkan...sebab asyik nak lebih je.... 
haha! wat lawak pulak~ 
apa2 pun, tuntutlah ilmu dari buaiyan hingga ke liang lahad...
menuntut ilmu merupakan kewajipan bagi setiap umat islam.....
semoga hidup kita sentiasa dalam ilmu.....
mencari, menimba ilmu dari hari ke hari sehingga ke akhir hayat.....
insyaAllah.... tata... salam wbt..... ^_^

Wednesday, December 22, 2010

penyakit susah nak tidur (insomnia)


assalamualaikum wbt..... 
hehe.... tepat jam 1.12 pagi aku mula menaip.... 
hehe... tu p0n nk bgtaw...... ^_~
semenjak dua menjak tiga menjak ni susah betul nak tid0.... 
huhu.... tetiba hari ni terdetik pula dalam hati nak share 
tentang penyakit susah nak tido ni atau lebih di kenali sebagai insomnia..... 
apakah aku termasuk dalam golongan ni? ke termasuk dalam 
golongan yg dh ketagih dengan facebook?  hah.... ni yg kita x taw..... haha....
tu pasal susah nak tido... haha.... 0k2... serius2.... huhu....  
kalau ada penyakit susah nak tido (insomnia) mungkin ada yang 
salah dari pola hidup kita... apalagi kalau kita ni pelajar.....  
ia akan mengganggu aktiviti kita di siang hari.... sebab apa? 
sebab jika penyakit ini berterusan ia akan membuatkan 
badan kita lemah dan tak bersemangat utk belajar.... 
macam aku..... time kat sekolah je mula la.... 
ramai gak cikgu dah tegur.... aku hanya mampu tersenyum je la.... hehe..... ^_^ 
0k2... sambung cerita tentang insomnia ni... dah taw belum insomnia ni apa? 
wah... mcm ckgu pulak..... haha..... baru tadi aku search tentang penyakit ni...... 
insomnia adalah gangguan tidur yg di tandai gejala-gejala seperti 
selalu merasa letih dan secara terus-menerus (lebih dari 10 hari) 
mengalami  sukar untuk tido.... selain itu,  yang sering terjaga 
di tengah malam dan sukar utk tido balik juga mungkin tergolong 
dlm golongan ini.... tips2 utk mengatasi insomnia..... 
guna tempat tidur hanya untuk tidur.... jangan sesekali melakukan 
aktiviti lain seperti membaca komik.... sebelum tido,  seelok2 nya 
jgn la minum kopi atau yg sme wktu dgn nya..... huhu.... 
apa2 pun.... insyaAllah aku tak de penyakit insomnia.... 
aku kalau nak tido berangan je dulu..... jap nnt tido la tu.... 
haha..... 0k2.... masa pun telah jeles ngn kita.... haha.... 
smpai di ini saja lah coretan ku utk hari ini.... hehe...... 
kalau ada silap dan salah, terkasar bahasa ke..... 
harap d maafkan...... ^_^ salam wbt......

Saturday, December 4, 2010

sifat mahmudah - hijjaz

kumpulan nasyid kegemaran aku... hijjaz... ^_^
Inilah Sebahagiaan sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga
Hanya yang punya
Yang bermujahadah

Ikhlas itu jiwa yang murni
Rahsia Allah di dalam hati
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama
Nista dan puji tiada berbeza

Redha sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira
Atau tiada apa terasa
Kerna menerima anugerah Tuhannya
Kerna menerima anugerah Tuhannya

Sifat sabar sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata



Tuesday, November 9, 2010

sudah sedia????




Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu - Kubur dan Akhirat. Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.

Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.

Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita.

Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain cotton putih.

Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi air mawar dan cendana.

Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam.

Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi ''Lailaillah'

Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.

Di mana layananya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.

Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.

Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-con dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.

Di mana pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland, Paris atau London tetapi samada Syurga atau Neraka.

Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan. Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh. Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.

Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya per*****a, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan

Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan

Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria.

Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.

Ya! Berita Baik!!

Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh itu bergembiralah selagi boleh! Dan sekiranya anda boleh!

Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa ''amaran''. *****a perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???

SUDAH KAH ANDA BERSEDIA UNTUK PENERBANGAN INI????"
................
urm... renung2 kan.... aku p0n tgh renung2 kan ni.... T___T

Saturday, October 30, 2010

apa nak jadi?


Kat depan mate kite berlambak-lambak kezaliman,
Tapi sedare kite yang kite tekan.
-
Kat depan mate kite bertimbun-timbun ‘corruption’,
Tapi sedare kite yang kite ‘take action’.
-
Kat depan mate kite berjuta-juta kelakuan buruk,
Tapi sedare kite yang kite sibuk-sibuk.
-
Kat depan mate kite berbondong-bondong bende mungkar,
Tapi sedare kite yang kite ‘kelar’.
-
Kat depan mate kite berleluasa maksiat,
Tapi sedare kite yang kite ‘sebat’.
-
Kat depan mate kite berlonggok-longgok bende keji,
Tapi sedare kite yang kite caci, kite maki.
-
Kat depan mate kite berduyun-duyun masyarakat dah rosak,
Tapi sedare kite yang kite ‘tembak’.
-
Kat depan mate kite bertubi-tubi datang badai,
Tapi sedare kite yang kite ‘bantai’.
-
Kat depan mate kite berhimpun segala musuh,
Tapi sedare kite yang kite cemuh.
-
Ape nak jadi dengan kite?
Kalo sekali sekale takpe le,
Sekadar nak ingatkan mane yang lupe,
Tapi bile dah jadi berkale,
Itu yang problemnye.
-
Mane hilang matlamat perjuangan?,
Mane hilang kite punye kesatuan,
Tak sedar ke sedare-sedare sekalian,
Musuh semue tengah tepuk tangan,
Diorang bersorak sakan,
Bile bace entry blog, facebook yang kite publishkan.
-
Udah-udah la tu ye,
Tahun baru ni, kite tutup cerite lame,
Kite sambung perjuangan ini bersame-same,
Dengan ‘approach’ yang lebih matang dan bijaksane,
Dengan akhlaq yang lebih sunnah dan mulie.  =)
-

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

“Sesungguhnya orang-orang mu’min adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.”

Saturday, October 2, 2010

cinta dalam islam

Rasa hormat adalah asas penting menjalin
hubungan cinta yang suci sesuai dengan aturan
Allah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaran
Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di
antara pasangan amat dititik beratkan ke arah
satu hubungan yang berkekalan.
Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasih
sayang yang terjalin terhadap seorang wanita
tidak sewenang-wenangnya menyentuh tangan
wanita atau memegang erat tubuhnya. Wanita
bukannya objek yang boleh diperalatkan.
Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir,
apakah pasangan seperti ini mampu melindungi
dan menjaga maruahnya apabila berkahwin
nanti?
Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang yang
dinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakal
berlaku satu hari nanti?…”
______________________________________
Istilah cinta amat popular dan menjadi satu
ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang
menganggapnya satu kalimah suci dan bererti.
Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih
yang setia dan mula memasang angan-angan
untuk mendirikan rumah tangga bersama
pasangan pilihan.
Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah
lagi malah adakalanya membawa kepada
sesuatu di luar jangkauan
Cinta perlu
difahami. Semestinya seorang remaja
perlu memahami kehendak dan definisi yang
tepat.
Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar
gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu
sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?
Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan
Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta
merupakan satu perasaan yang semulajadi di
alami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.
Allah telah menganugerahkan manusia naluri
untuk meneruskan keturunan (salah satunya,
menyukai pasangan berlainan jantina) atau
dikenali dengan gharizah Al-Nau’.
Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang
tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk
meneruskan kehidupan dan mempertahankan),
gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah
dan beragama) dan gharizah Al-Nau’.
Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah
fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak
haram di
sisi Islam.
Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami
kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju
seterusnya.
Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan
satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat
cinta.
Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih
sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab,
kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan
ada matlamat.
Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang
dikatakan sebagai cinta, maka hubungan
sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-
puraan sahaja.
Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan
yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan
hubungan antara manusia dan Allah.
Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu
kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi
pihak lelaki dan perempuan.
Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja?
Adakah setakat mengisi usia remaja dan
adakalanya putus di tengah
jalan?
Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih
kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh
romantis dan indah.
Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta
yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat
kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi
rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.
Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah,
masing-masing ingin selamat-menyelamatkan
antara satu sama lain dari segi hubungan dan
kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang
abadi di akhirat.
Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta
yang punya pengertian yang luhur dan hanya
dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang
sentiasa mencari Tuhan....
renung2kan.... ^____^

Wednesday, September 29, 2010

nasihat untuk wanita termasuk diriku



*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
*Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu...

Friday, September 24, 2010

jasamu dikenang



Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu dan semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut hati
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagaikan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan kami kenang sepanjang zaman.
 

Wednesday, September 15, 2010

sebagai umat islam......



kata-kata nasihat adalah penting untuk kita semua. Kata-kata yang bermanfaat ini dapat menjadi sumber inspirasi dalam kehidupan kita samada rumah tangga, percintaan, pekerjaan, dan pergaulan sehari-hari. Jadi ambillah kata ini sebagai kata semangat untuk kehidupan harian kita. Agar ia dapat menghiburkan serta memotivasikan diri sendiri….
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf
apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK .
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara
bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang
tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik
adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu
bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak
yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran 

Monday, September 13, 2010

sahabat sejati ^____^

salam ukhuwah…..dlm arus moden skrng ni memang sukar utk mencari sahabat sejati….byk yg ada cuma mendorong kita kelembah kemaksiatan…. sedangkan kita memerlukan seorg sahabat tuk sama2 tolong-menolong, tegur-menegur n nasihat-menasihati…. tp yg kita ramai terjumpa adalah kawan yg mencari kesilapan n kelemahan kita jer…..bkn ikhlas terima kekurangan kita n cuba bantu kita dekatkan diri kepadaNYA…. bila kita ada mslh…kita akan ditinggalkan tp bila kita diperlukan, ramai pula yg dtg tanpa diminta…… adakah persahabatan sekadar untuk cari kepentingan saja????….. tepuk dada tanya la hati…..
    
p’sahabatan itu seperti tangan dan mata
saat tangan t’luka, mata menangis,
saat mata menangis tangan akan menghapusnya,,,
dan p’sahabatan yang senantiasa abadi adlah p’sahabatan yg dibingkai dgn indahnya ukuwah islam..

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
sahabatku.... ^______^
 

Wednesday, September 8, 2010

Makna Air Mata Insan

Ok. Bila bab sedih mesti nangiskan. Kalau dah nangis mesti keluar air mata. Tak kisahlah lelaki ke perempuan kalau nak nangis, nangis je. Apa salahnya bukannya matipun kalau nangis. Tapi kalau menangis kerana Allah lagi bagus. Ingatkan diri sendiri. Ini tak tengok cerita sikit pun nak nangis . Sebenarnya nak kongsi dengan para sahabat dan untuk mengingatkan diri sendiri. Sedar atau tidak menangis adalah satu sifat yang menjadi garis pembeza antara manusia dengan makhluk lain. Saya baru terfikir haiwan menangis tak? Tapi selalu juga dengar pasal penyu menangis. Tak faham ni kena rujuk zoo ni.


Menangis menurut penulis tidak hanya berkaitan dengan kesedihan malah juga kebahagiaan. Ia adalah sifat semulajadi yang dikurniakan oleh Allah SWT  secara fitrah kepada manusia. Air mata itu datang dari kelenjar air mata yang terletak di atas kedua-dua mata dan di bawah tulang dahi. Adapun jumlah pembuluh yang mengarah ke mata adalah sekitar 12 pembunuh. Air mata mengandungi peratusan garam yang cukup tinggi. Pernah juga rasa air mata...masin! Tapi tak leh la letak sebagai perasa dalam gulai. Confirm tak masin


Rasanya menangis ni penting ke tak?
Menangis  adalah merupakan keharusan  bagi lelaki atau perempuan, sebabnya banyak faedah dari sudut kesihatan bila menangis ni. Jangan ingat dengan menangis ini maknaya seseorang itu lemah dan tidak dewasa. Tapi kalau menangis 24 jam tu bahaya juga. Jangan salah faham. Nanti kering air mata, susah bebola mata nak bergerak.

Terdapat beberapa kenyataan yang berkaitan dengan menangis, antaranya:

1. Menangis merupakan cara semulajadi untuk membuang unsur-unsur membahayakan dari tubuh manusia. Unsur-unsur ini dijana oleh tubuh ketika manusia sedang mengalami ketakutan.
2. Otak bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia yang terdapat pada air mata yang menjadi tempat bersarangnya rasa sakit.
3. Menangis dapat menambah jumlah degupan jantung dan dianggap sebagai latihan yang berguna bagi sekat rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua bahu. Setelah menangis, kecepatan degupan jantung kembali ke asalnya sehingga akan muncul perasaan tenang.
4. Apabila anda berada pada satu ketika di mana menangis dibolehkan dan secara sosial dapat diterima, jangan ragu-ragu lagi menangislah. Ada satu kajian yg mengatakan perempuan yang memendam perasaan menderita sakit radang usus besar dan luka pada perut. Ini kerana mereka menganggap bahawa dgn menangis menandakan lemahnya keperibadian. Ini berbeza dengan mereka yang tidak terkena penyakit ini kerana menganggap menangis suatu yang semulajadi jika dilakukan pada keadaan yg dibenarkan.
5. Menangis amat berguna pada emosi kita. Yang salahnya apabila kita mengekang keinginan menangis ketika kita dihadapkan pada keadaan yang mengharuskan kita menangis.
6. Air mata dapat membersihkan mata. Ia mengambil peranan penting dalam meringankan ketegangan jiwa yang mungkin disebabkan berbagai penyakit.


Akhir sekali ...saya coretkan beberapa kata-kata dalam buku ini yang saya rasa dalam maknanya dan penuh bererti....

Air Mata Terindah

1. Air mata terindah mengalir semasa kamu terpisah dengan kemaksiatan.
2. Air mata terindah mengalir semasa kamu bertaubat setelah melakukan maksiat.
3. Air mata terindah mengalir kamu mengusir kawan-kawan yang berperangai buruk.
4. Air mata terindah mengalir semasa kamu meraih tangan sahabatmu.
5. Air mata terindah mengalir semasa kamu sujud.
6. Air mata terindah mengalir semasa kamu rukuk.
7. Air mata terindah mengalir semasa kamu menolong kesedihan manusia.
8. Air mata terindah mengalir semasa kamu bertemu keluarga setelah lama berpisah.
9. Air mata terindah mengalir semasa kamu mengucapkan salam kepada Rasulullah SAW, di Masjid Nabawi.
10. Air mata terindah mengalir semasa kamu solat di Masjid al-Aqsa.
11. Air mata terindah mengalir semasa kamu meperolehi redha kedua-dua orang tua mu.
12. Air mata terindah mengalir semasa kamu berpuasa dengan benar.
13. Air mata terindah mengalir semasa kamu berbahagia dengan syurga dan memperoleh syafaat Rasulullah SAW.



Aku menangis semasa persahabatan yang murni menjadi satu kemustahilan
Aku menangis semasa keikhlasan berubah menjadi pengkhianatan
Aku menangis semasa aku melihat keadilan dianggap tindakan memalukan dan tindakan menindas dianggap sebagai undang-undang.
Aku menangis semasa ajaran agama kita dan nilai-nilai luhur budaya kita mengalami kemunduran.
Manusia..permulaanya dengan tangisan...pengakhirannya juga tangisan.
Aku menangis...adakah tangisan itu cukup? Bukannya cukup untuk mandi tapi cukupkah untuk meratapi pelbagai dosa yang dilakukan. 

Tuesday, August 10, 2010

cinta???

adakah tapak tanganmu berkeringat hatimu berdebar kencang
dan suaramu tersekat didadamu?
itu bukan cinta, itu SUKA...

adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
itu bukan cinta, itu NAFSU....

adakah kamu mnginginkannya kerana kamu
tahu ia ada disana?
itu bukan cinta, itu KESEPIAN

adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
itu bukan cinta, itu KESETIAAN

adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya 
kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
itu bukan cinta, itu BELAS KASIHAN

adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya
membuat hatimu melompat?
itu bukan cinta, itu TERGILA-GILA

adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
itu bukan cinta, itu PERSAHABATAN

adakah kamu mengatakan padanya bahawa
setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
itu bukan cinta, itu DUSTA..

adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
itu bukan cinta, itu KEMURAHAN HATI..

tetapi,
adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara
kesakitan dan kegembiraan yang membutakan, tak terfahami,
dan menarikmu mendekati...
dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA....
adakah kamu tertarik dengan orang lai, tapi
setia dengannya tanpa penyesalan?
jika demikian, ITULAH CINTA

adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA..

adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA..

adakah hatimu gembira ketika dia bahagia?
ITULAH CINTA...

adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh 
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
yang demikian itulah namanya CINTA.....


corat-coret remaja

assalammualaikum....  ^____^

urm... hai.... remaja dah alaf baru... 
tapi perangai remaja sekarang masih macam dulu....
sama je alaf lama ke alaf baru.....
semakin menjadi-jadi pulak tu....

remaja perempuan kita sekarang....
semua yang ada dia nak tayang....
tak kira atas, bawah, depan, belakang...
apalagi... adalah yang mula naik miang...
hari-hari rindu terbayang-bayang...
konon nak ngurat panggil sayang....
ingat boleh dapat macam senang...
silap hari bulan ada yang melayang....

hari-hari berlaku perkara sumbang....
toleh je dekat tepi simpang,
sana sini semua nak pegang...
mak bapak mulalah naik bimbang,
mana tak nya...
takut bunga tak jadi mengembang.....
silap-silap perut dara pula yang kembang....
sebab kerakusan seekor kumbang....
apalagi...
anak tak berdosa jadi tetamu longkang....
itulah manusia sekarang.... =(

remaja sekarang pun keras kepala....
semua dia nak betul saja....
kalau dilarang muka masam mencuka...
tapi, kalau dah bebas mulalah lupa dunia.....

nak cakap mak bapak konkong...
tak juga....
tapi dia pula yang mengada-ngada.....
bercinta, berjoli semua dia nak rasa.....
tak cukup satu nak sapu semua....
hai.... remaja!!! remaja!!!

sekali pandang kesian mak bapak
mana tak nya, duit hari-hari nak mintak....
kalau tak bagi mulalah melalak....
sakit dada pula meluak-luak..
bila di tegur dia buat pekak....
sampai suara pun dah naik serak...
tapi hati remaja tetap keras jugak....

kalau di renung setiap saat....
dunia ini dah nak kiamat....
dah nak hilang segala nikmat....
amal soleh masih tak di buat....
nak tunggu kerepot baru nak taubat.....
entah sempat entah tidak.....

sepatutnya pada alaf baru ini,
biarlah hidup suci murni....
bukannya nak tambah dosa sendiri....
tapi merebut paha berguni-guni...
semoga tenteram naluri rohani...
sedarlah wahai remaja zaman ini..... ^________^




Saturday, August 7, 2010

apa guna kawan?

apa guna kawan....
jika hanya mahu berlawan
tak apa jika pasal pelajaran
ini pasal jantan... 
cemburu buta tak keruan
hingga sanggup putus kawan 

apa guna kawan....
melenting macam orang kena sawan
sanggup keluar semua cacian
hingga lupa akan pengorbanan

apa guna kawan 
jika suka tuduhan
ramai yang suka dan bertepuk tangan
sebab kita dipersendakan
tenungkanlah apa yang ditayangkan
kalau betul kau seorang kawan
cuba renungkan
betul ke apa yang kau lakukan...
tak perlu persahabatan
jika tak tahu hargai sebuah persahabatan.... ^___^

huhuhuhu.... renung2 kan....
 
tanpa sahabat yang baik , ibarat mentari yang  tidak menyinar.... hehehehe.... ^_^

Wednesday, August 4, 2010

sedar... sudah........

 bila sudah tiada baru teringat, 
 bila sudah buat nak beringat,
 bila sudah terlambat baru nak sedar,
 bila sudah habis baru tersedar,
 bila sudah terlanjur tak boleh nak berpatah,
 bila sudah terlajak tak boleh nak berundur, 


 wahai manusia, sedarlah dari kegelapan
 yang menyelubungi dirimu, sesungguhnya masih
 ada kesempatan untuk dirimu berubah
      
sebelum nasi menjadi bubur, sebelum habis jadi abu,
berubahlah , sesungguhnya orang yang
menyanyangimu
lebih dari segalanya itu, adalah ibumu,
ibu yang mengandungkanmu 9 bulan 10 hari,
janganlah kau menderhakainya, ingat lah syurga 
itu dibawah telapak kaki ibumu... 
pergi dahulu pendapatan, 
sesal kemudian tiada berguna...
                           
Ibu-Ibu Pejuang

Sunday, August 1, 2010

tazkirah dunia akhir zaman


Di dalam hidup mnusia, yg pnting ialah berkat...
Bila hidup kita berkat, diri ini akan slamat...
Apabila diri slamat, rumah tangga jadi spakat....
Apabila rumah tangga spakat, masyarakat jadi muafakat.....
Apabila masyarakat jadi muafakat,negara kita mnjadi kuat....
Apabila negara mnjadi kuat, negara luar mnjadi hormat...
Apabila prmusuhan trsekat, pmbangunan pun mningkat....
Apabila pmbangunan pun mningkat, kmajuan mnjadi pesat.....

Ttapi awas, apabila pmbangunan mningkat, pmbangunan mnjadi pesat,
kita lihat bngunan naik brtingkat2. di tengah2 itu, tmpat maksiat tumbuh mcm kulat...
Apabila tmpt maksiat tumbuh mcm kulat.... ktika itu mnusia mula mngubah tabiat...
Apabila mnusia telah mngubah tabiat, ada yg jadi lalat, ada yg jad kulat....
Apabila mnusia jadi ulat,sembahyang smakin hari smakin liat.....
Apabila smbahyang mnjadi liat, orang baik ada yg brtukar jahat.....
Apabila orang baik brtukar jahat, orang miskn pula nak kaya cepat....
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orag tua pun nak mati lambat....
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan sajalah minyak gamat.....

yang lelaki, budak2 muda pakai sluar ketat....
semua nak tnjuk kuat... Bila brjudi, prcaya unsur khurafat...
Tapi hidup pula yg mlarat... Tali kasut dah x berikat... Rambut jarang disikat.....

yang prempuan, pkai mini sekerat, suka pakai baju ketat2....
suka sangat mnunjuk kan pusat, hingga tak pedulikan lg batasan aurat.....
pakai pula yg singkat2... kadang2 ternampak benda 'bulat'...

bila jadi mcm ni, siapa lihat pasti trcegat.... silap gaya jadi gawat...
bohsia bohjan lagi hebat... duduk jauh brkirim SMS dan MMS....
bila jumpa brjabat tangan, kmudian pakat lawan peluk siapa erat....
masa tu, nafas naik sampai tersekat2.... usah peduli agama dan adat....
usah takut Allah dan Malaikat... yang pnting apa yang kita buat?
kita 'bukti' lah yang kita buat... Akhirnya perut yg kempis dah jadi bulat...
maka, lahirlah pula anak2 yg tak cukup sifat..... bila anak2 dah tak cukup sifat....
jam tu kita tengok bayi dibuang merata tempat...

maknanya ktika itu iblis mula mlompat... dia kata apa? habis manusia dah msuk jerat...
habis manusia telah trsesat....
inilah dia fenomena masyarakat... oleh itu, wahai saudaraku dan para sahabat...
marilah kita brpakat mngingat, bahawa dunia hari ini smakin singkat, esok atau lusa mungkin kiamat....
sampai smua kita akan berangkat.... berangkat menuju ke negeri akhirat....

di sana kita akan ditanya apa yg kita buat... masa itu sndiri makan pengat, sndiri mau ingat....

"umurmu banyak mana mu buat ibadat...?"
"zaman muda mu, apa yg telah mu buat...?"
"harta benda anta, dari mana anta dapat....?"
"ilmu anta, adakah anta manfaatkan....?"

semoga ianya dapat meningatkan kita supaya segera
mninggalkan maksiat dan perbanyakkan lah ibadat.... ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...