Saturday, April 2, 2011

Metafora Kuih


 Untuk lebih mudah difahami, mari kita 
lihat metafora ini... Katalah melihat kuih, kita 
boleh melihatnya dengan empat pandangan...

Pertama, PANDANGAN MATA... Kalau kuih dilihat 
dengan pandangan mata, kita akan tahu apa 
nama kuih, warna dan bentuknya... Itu pandangan mata biasa...

Kedua, PANDANGAN AKAL... Ini adalah pandangan 
pakar-pakar pembuat kuih (chef atau pakar masakan)...
Mereka ini memandang dengan penuh kajian dan
penelitian... Dengan ini mereka mampu menganalisis...
Misalnya apakah kuih itu seimbang dari segi bahan-bahannya,
kemahiran mengadunnya, kemahiran menguli, membakar,
mengukus, merebus atau menggorengnya???

Pakar-pakar masakan ini mempunyai ilmu yang cukup
untuk mengkaji apakah kesilapan (jika ada) dan 
ketepatan penghasilan kuih itu... Inilah kelebihan 
pandangan akal berbanding pandangan biasa...

Ketiga, PANDANGAN NAFSU... Lain pula keadaannya
dngan orang yang memandang kuih dengan 
pandangan nafsu... Mereka ini tidak ambil kisah 
langsung apakah bentuk, nama atau cara pembuatan 
kuih tesebut... Yang penting, makan dulu... Hinggalah 
dengan kegejolohan itu, dia tidak sempat bertanya pun 
siapa yang empunya... Inilah buruknya pandangan nafsu... 
Yang dipentingkan hanya kesedapan dan keseronokan...

Akibatnya, apabila terlalu kenyang makan kuih itu,
perut jadi sebu, badan bertambah gebu, 
berkumpullah lemak dan tepu, macam-macam 
penyakit datang bertamu... Nak beribadat pun, liat...
kira-kira, semua jadi tak sihat...

Keempat, PANDANGAN HATI... Bagaimana melihat 
kuih dengan pandangan mata hati??? Melihat dengan 
pandangan mata hati akan menyebabkan  kita seolah-olah 
dapat melihat pembuat kuih tersebut... Katalah anda sedang 
berada di luar negara... Tiba musim Hari Raya, anda mendapat 
kiriman bungkusan dari kampung... Apabila bungkusan itu 
dibuka dan anda melihat kuih di dalamnya, dengan tidak 
semena-mena air mata mengalir... Apabila melihat saja kuih, 
hati anda sedih... kenapa???

Ya, kerana anda melihat wajah ibu (pembuat kuih) 
disebalik kuih itu... Anda terkenang kasih sayang, keprihatinan, 
kelembutan dan segala-gala  yang terbaik dari ibu anda... 
 Pandangan ini menjangkau sesuatu yang lebih bererti bukan 
sekadar terbayang wajahnya , malah budi,  kasih dan sayannya... 
Maka anda menikmati kuih dengan lebih bermakna...
Tanyalah hati kita, manakah pandangan yang 
lebih tepat dan murni??? Pastinya hati akan menjawab, 
tentulah pandangan mata hati!!!

Oleh itu, pandanglah remaja yang lain jantinanya itu, dengan 
pandangan mata hati, insyaAllah anda semua selamat dunia akhirat...
Usah guna pandangan nafsu, kelak anda bergelumang maksiat,
ilmu akan tersekat, lahirlah bayi jadi sampah masyarakat...
Na'uzubillah...

metafora ini diambil daripada buku sinar, smk Rantau Panjang, Klang...
peringatan untuk saya juga... renung-renungkan...
dan selamat beramal... hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...