Wednesday, February 15, 2012

Palmar Hyperhidrosis

oh tidak! huhu... aku mengalami penyakit Palmar Hyperhidrosis atau lebih di kenali sebagai penyakit tapak tangan berpeluh... walaupun penyakit ni tidak merbahaya, tapi membuatkan aku tak selesa.. sebabnya! kalau nak salam kawan-kawan, saudara mara mesti nak kena lap tangan dulu... dah lap pun tetap ada jugak... huhu.. kadang-kadang waktu sejuk pun tapak tangan tetap berpeluh, tapi sejuk.. =\

dulu masa kat sekolah nak pegang pen pun habis basah pen tu... haha! masalah-masalah... so, siapa berani nak pinjam pen aku? hahaha! tapi tak apalah... dah takdirkan... :') ok.. aku ada baca antara kemungkinan penyebab penyakit ini...

salah satunya ialah :

  • Mengalami gangguan pada jantung, paru-paru, sesak nafas dan strees.. (dulu pernah cek jantung, alhamdulillah tak ada apa-apa.. tapi strees tu mungkin.. hehe)
  • Di kaitkan dengan 3 organ iaitu otak, jantung dan organ reproduktif..
  • Alahan
  • Gangguan emosi contohnya gelisah, marah, kebingungan, was-was, cemas, dll.. (yang ni mungkin) 
  • faktor genetik

contoh situasi yang sering dihadapi oleh penghidap penyakit ini :

  • rasa segan nak salam dengan orang.. 
  • mengesat-ngesat dahulu tangan sebelum bersalaman..
  • memerlukan tisu bila nak pegang sesuatu sebab bila tangan berpeluh, nak pegang benda tu pun macam licin.. 
  • setiap kali memegang sesuatu, pasti akan meninggalkan kesan basah kat benda tersebut..

urm.. banyak yang betulnya.. memang tak selesa bila tapak tangan berpeluh.. nak buat pegang sesuatu mesti kena lap tangan dulu.. kadang-kadang dah lap pun masih bepeluh lagi.. ada sesiapa yg mengalami penyakit yg sama? cuba cerita sikit macam mana nak hilangkan penyakit ni.. sekian.. terima kasih.. haha!


Friday, February 3, 2012

Malam! Dingin Lavenda! PLKN!


Tepat jam 1.00 am aku memulakan menaip.. Malam yang begitu dingin bak kata kak ziana kita.. 
Membuatkan aku bergetar, menggigil kesejukan.. dengan kedinginan ini, tiba-tiba teringat cerita Dingin Lavenda pulak.. haha.. best sangat cerita tu.. menangis tadi tengok.. tak tahu lah apa yang sedih sangat tadi hingga menitiskan air mata.. ;) cerita tu betul-betul membuatkan kita kenal apa itu erti persahabatan.. kawan yang suka-suka memang senang nak cari.. tapi kawan yang menangis bila kita dalam kesusahan memang sukar nak cari.. Alangkah indahnya jika ada sahabat seperti Jannah.. 

Apa-apa pun semua kawan-kawan cek memang baik-baik.. love you all.. hehe.. sangat bersyukur dapat kawan-kawan yang baik-baik ni.. harap semua jangan lupa waktu dulu-dulu kita bersama mengejar impian walaupun aku yakin kita akan terpisah buat sementara untuk mencari erti kehidupan yang sebenar.. 
hihi.. urm, tak lama lagi nak kena pergi PLKN nak berkhidmat untuk negara.. tapi tak tahu lagi dapat kat mana.. harap dapat tempat yang best-best lah.. bersyukur sangat dapat masuk PLKN sebab 
macam-macam pengalaman yang akan kita dapat.. daripada kita dok membuang masa kat 
rumah, lebih baik pergi PLKN.. ada juga faedahnya.. 

Hurm.. Risau sangat kalau dah pergi PLKN nanti.. Mesti ramai yang akan bersedih dengan 
pemergianku ke sana nanti.. mereka juga akan merinduiku.. oh tidak.. aku sangat risau jika mereka tiada selera untuk makan bila aku tiada di sisi mereka nanti.. aku berharap mereka doakan kejayaan aku berkhidmat untuk negara.. yang penting! kenang daku dalam doamu.. calling-callinglah kalau rindu.. hehe.. sebelom nak pergi PLKN, teringin sangat nak berkumpul dengan family, saudara-mara pergi mandi-manda.. maklum lah, kat sana nanti bukan boleh mandi puas-puas.. haha.. dalam perancangan nak pergi bercanda di pasiran pantai.. tak pun sungai.. tapi rasanya sungai.. takut nak pergi pantai.. harap jadilah.. 
selalunya hangat-hangat tahi ayam je..

ok lah.. apa-apa pun kita hanya mampu merancang.. Tuhan yang menentukan.. kalau tak jadi pergi, mungkin ada hikmah di sebaliknya.. urm.. perut pun dah berbunyi.. lapar.. huhu.. tak ada benda nak makan.. biskut je ada.. tak mengenyangkan.. hehe.. Astagfirullahalazim.. biskut tu juga makanan.. makan untuk alas perut.. kita sangat bertuah sebab ada makanan.. ramai lagi manusia di luar sana yang kebuluran.. nasihat untuk diri sendiri dan semua umat manusia.. bersyukur dengan segala nikmat yang di beri Allah SWT.. ok lah.. malam dah semakin dingin hingga menusuk di kalbu ni.. huhu.. Salam.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...