Wednesday, September 8, 2010

Makna Air Mata Insan

Ok. Bila bab sedih mesti nangiskan. Kalau dah nangis mesti keluar air mata. Tak kisahlah lelaki ke perempuan kalau nak nangis, nangis je. Apa salahnya bukannya matipun kalau nangis. Tapi kalau menangis kerana Allah lagi bagus. Ingatkan diri sendiri. Ini tak tengok cerita sikit pun nak nangis . Sebenarnya nak kongsi dengan para sahabat dan untuk mengingatkan diri sendiri. Sedar atau tidak menangis adalah satu sifat yang menjadi garis pembeza antara manusia dengan makhluk lain. Saya baru terfikir haiwan menangis tak? Tapi selalu juga dengar pasal penyu menangis. Tak faham ni kena rujuk zoo ni.


Menangis menurut penulis tidak hanya berkaitan dengan kesedihan malah juga kebahagiaan. Ia adalah sifat semulajadi yang dikurniakan oleh Allah SWT  secara fitrah kepada manusia. Air mata itu datang dari kelenjar air mata yang terletak di atas kedua-dua mata dan di bawah tulang dahi. Adapun jumlah pembuluh yang mengarah ke mata adalah sekitar 12 pembunuh. Air mata mengandungi peratusan garam yang cukup tinggi. Pernah juga rasa air mata...masin! Tapi tak leh la letak sebagai perasa dalam gulai. Confirm tak masin


Rasanya menangis ni penting ke tak?
Menangis  adalah merupakan keharusan  bagi lelaki atau perempuan, sebabnya banyak faedah dari sudut kesihatan bila menangis ni. Jangan ingat dengan menangis ini maknaya seseorang itu lemah dan tidak dewasa. Tapi kalau menangis 24 jam tu bahaya juga. Jangan salah faham. Nanti kering air mata, susah bebola mata nak bergerak.

Terdapat beberapa kenyataan yang berkaitan dengan menangis, antaranya:

1. Menangis merupakan cara semulajadi untuk membuang unsur-unsur membahayakan dari tubuh manusia. Unsur-unsur ini dijana oleh tubuh ketika manusia sedang mengalami ketakutan.
2. Otak bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia yang terdapat pada air mata yang menjadi tempat bersarangnya rasa sakit.
3. Menangis dapat menambah jumlah degupan jantung dan dianggap sebagai latihan yang berguna bagi sekat rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua bahu. Setelah menangis, kecepatan degupan jantung kembali ke asalnya sehingga akan muncul perasaan tenang.
4. Apabila anda berada pada satu ketika di mana menangis dibolehkan dan secara sosial dapat diterima, jangan ragu-ragu lagi menangislah. Ada satu kajian yg mengatakan perempuan yang memendam perasaan menderita sakit radang usus besar dan luka pada perut. Ini kerana mereka menganggap bahawa dgn menangis menandakan lemahnya keperibadian. Ini berbeza dengan mereka yang tidak terkena penyakit ini kerana menganggap menangis suatu yang semulajadi jika dilakukan pada keadaan yg dibenarkan.
5. Menangis amat berguna pada emosi kita. Yang salahnya apabila kita mengekang keinginan menangis ketika kita dihadapkan pada keadaan yang mengharuskan kita menangis.
6. Air mata dapat membersihkan mata. Ia mengambil peranan penting dalam meringankan ketegangan jiwa yang mungkin disebabkan berbagai penyakit.


Akhir sekali ...saya coretkan beberapa kata-kata dalam buku ini yang saya rasa dalam maknanya dan penuh bererti....

Air Mata Terindah

1. Air mata terindah mengalir semasa kamu terpisah dengan kemaksiatan.
2. Air mata terindah mengalir semasa kamu bertaubat setelah melakukan maksiat.
3. Air mata terindah mengalir kamu mengusir kawan-kawan yang berperangai buruk.
4. Air mata terindah mengalir semasa kamu meraih tangan sahabatmu.
5. Air mata terindah mengalir semasa kamu sujud.
6. Air mata terindah mengalir semasa kamu rukuk.
7. Air mata terindah mengalir semasa kamu menolong kesedihan manusia.
8. Air mata terindah mengalir semasa kamu bertemu keluarga setelah lama berpisah.
9. Air mata terindah mengalir semasa kamu mengucapkan salam kepada Rasulullah SAW, di Masjid Nabawi.
10. Air mata terindah mengalir semasa kamu solat di Masjid al-Aqsa.
11. Air mata terindah mengalir semasa kamu meperolehi redha kedua-dua orang tua mu.
12. Air mata terindah mengalir semasa kamu berpuasa dengan benar.
13. Air mata terindah mengalir semasa kamu berbahagia dengan syurga dan memperoleh syafaat Rasulullah SAW.



Aku menangis semasa persahabatan yang murni menjadi satu kemustahilan
Aku menangis semasa keikhlasan berubah menjadi pengkhianatan
Aku menangis semasa aku melihat keadilan dianggap tindakan memalukan dan tindakan menindas dianggap sebagai undang-undang.
Aku menangis semasa ajaran agama kita dan nilai-nilai luhur budaya kita mengalami kemunduran.
Manusia..permulaanya dengan tangisan...pengakhirannya juga tangisan.
Aku menangis...adakah tangisan itu cukup? Bukannya cukup untuk mandi tapi cukupkah untuk meratapi pelbagai dosa yang dilakukan. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...