Wednesday, February 15, 2012

Palmar Hyperhidrosis

oh tidak! huhu... aku mengalami penyakit Palmar Hyperhidrosis atau lebih di kenali sebagai penyakit tapak tangan berpeluh... walaupun penyakit ni tidak merbahaya, tapi membuatkan aku tak selesa.. sebabnya! kalau nak salam kawan-kawan, saudara mara mesti nak kena lap tangan dulu... dah lap pun tetap ada jugak... huhu.. kadang-kadang waktu sejuk pun tapak tangan tetap berpeluh, tapi sejuk.. =\

dulu masa kat sekolah nak pegang pen pun habis basah pen tu... haha! masalah-masalah... so, siapa berani nak pinjam pen aku? hahaha! tapi tak apalah... dah takdirkan... :') ok.. aku ada baca antara kemungkinan penyebab penyakit ini...

salah satunya ialah :

  • Mengalami gangguan pada jantung, paru-paru, sesak nafas dan strees.. (dulu pernah cek jantung, alhamdulillah tak ada apa-apa.. tapi strees tu mungkin.. hehe)
  • Di kaitkan dengan 3 organ iaitu otak, jantung dan organ reproduktif..
  • Alahan
  • Gangguan emosi contohnya gelisah, marah, kebingungan, was-was, cemas, dll.. (yang ni mungkin) 
  • faktor genetik

contoh situasi yang sering dihadapi oleh penghidap penyakit ini :

  • rasa segan nak salam dengan orang.. 
  • mengesat-ngesat dahulu tangan sebelum bersalaman..
  • memerlukan tisu bila nak pegang sesuatu sebab bila tangan berpeluh, nak pegang benda tu pun macam licin.. 
  • setiap kali memegang sesuatu, pasti akan meninggalkan kesan basah kat benda tersebut..

urm.. banyak yang betulnya.. memang tak selesa bila tapak tangan berpeluh.. nak buat pegang sesuatu mesti kena lap tangan dulu.. kadang-kadang dah lap pun masih bepeluh lagi.. ada sesiapa yg mengalami penyakit yg sama? cuba cerita sikit macam mana nak hilangkan penyakit ni.. sekian.. terima kasih.. haha!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...