Sunday, August 14, 2011

kecewa dan bimbang



kita sepatutnya memulakan segala-galanya
dengan merancang cara untuk memperbaiki
keadaan kita dulu, iaitu dengan cara berusaha 
bersungguh-sungguh hingga kita mampu
menentukan mana yg paling baik untuk kita... ingat...
betapa pentingnya menghilangkan semua rintangan
yg ada terutama perasaan bingung memikirkan
masa depan... sebab itu kita harus menggantikannya
dengan peranan yg lebih bermanfaat...

janganlah kita lupa betapa pentingnya percaya 
kepada diri sendiri... kita sepatutnya
sedar jika ingin mengubah hidup kita seperti yg kita
inginkan memerlukan usaha yang berterusan tanpa henti
dan jangan sekali-kali putus asa... kita mestilah
mempunyai kesabar yg tinggi... kesabaran amat
diperlukan disini.... hehehe... bila kita rasa kecewa dan
takut, cepat-cepatlah membuang perasaan itu dan
menggantikannya dengan perasaan yang lebih tanang
dan aman... jangan gelabah... hehe...
(diri sendiri pun gelabah)


lagi satu... mengenai sifat kita yg pemalu
pula... cubalah hilangkannya dengan cara
menenangkan jiwa dan percaya bahawa tidak
ada yg patut membuatkan kita berasa malu... 
(diri kau sendiri pun pemalu ada hati nak nasihatkan orang)
hehe... memang rasa malu tu perlu, tapi jangan 
berlebih-lebihan sebab ianya akan menyebabkan kita 
hilang rasa percaya pada diri sendiri...

kita akan berjaya, dengan syarat tidak
terburu-buru... macam sy cakap tadi.... jangan
gelabah...cool je... hehe... bersabarlah hingga semua
impiankita menjadi kenyataan yang indah...
isyaAllah... lagi satu, hehe... cikguku selalu berkata....
Dekatkanlah diri kepada Allah SWT dan juga
berbaktilah kepada kedua-dua ibu bapa, membantu
mereka dan sentiasa mendoakan mereka dan meminta
keampunan kepada Allah SWT... semoga Allah SWT
meredhai kita dan semoga Allah SWT memberikan
pertolongan kepada kita... amin ya Rab...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...