Tuesday, August 10, 2010

cinta???

adakah tapak tanganmu berkeringat hatimu berdebar kencang
dan suaramu tersekat didadamu?
itu bukan cinta, itu SUKA...

adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
itu bukan cinta, itu NAFSU....

adakah kamu mnginginkannya kerana kamu
tahu ia ada disana?
itu bukan cinta, itu KESEPIAN

adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
itu bukan cinta, itu KESETIAAN

adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya 
kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
itu bukan cinta, itu BELAS KASIHAN

adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya
membuat hatimu melompat?
itu bukan cinta, itu TERGILA-GILA

adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
itu bukan cinta, itu PERSAHABATAN

adakah kamu mengatakan padanya bahawa
setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
itu bukan cinta, itu DUSTA..

adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
itu bukan cinta, itu KEMURAHAN HATI..

tetapi,
adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara
kesakitan dan kegembiraan yang membutakan, tak terfahami,
dan menarikmu mendekati...
dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA....
adakah kamu tertarik dengan orang lai, tapi
setia dengannya tanpa penyesalan?
jika demikian, ITULAH CINTA

adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA..

adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA..

adakah hatimu gembira ketika dia bahagia?
ITULAH CINTA...

adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh 
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
yang demikian itulah namanya CINTA.....


corat-coret remaja

assalammualaikum....  ^____^

urm... hai.... remaja dah alaf baru... 
tapi perangai remaja sekarang masih macam dulu....
sama je alaf lama ke alaf baru.....
semakin menjadi-jadi pulak tu....

remaja perempuan kita sekarang....
semua yang ada dia nak tayang....
tak kira atas, bawah, depan, belakang...
apalagi... adalah yang mula naik miang...
hari-hari rindu terbayang-bayang...
konon nak ngurat panggil sayang....
ingat boleh dapat macam senang...
silap hari bulan ada yang melayang....

hari-hari berlaku perkara sumbang....
toleh je dekat tepi simpang,
sana sini semua nak pegang...
mak bapak mulalah naik bimbang,
mana tak nya...
takut bunga tak jadi mengembang.....
silap-silap perut dara pula yang kembang....
sebab kerakusan seekor kumbang....
apalagi...
anak tak berdosa jadi tetamu longkang....
itulah manusia sekarang.... =(

remaja sekarang pun keras kepala....
semua dia nak betul saja....
kalau dilarang muka masam mencuka...
tapi, kalau dah bebas mulalah lupa dunia.....

nak cakap mak bapak konkong...
tak juga....
tapi dia pula yang mengada-ngada.....
bercinta, berjoli semua dia nak rasa.....
tak cukup satu nak sapu semua....
hai.... remaja!!! remaja!!!

sekali pandang kesian mak bapak
mana tak nya, duit hari-hari nak mintak....
kalau tak bagi mulalah melalak....
sakit dada pula meluak-luak..
bila di tegur dia buat pekak....
sampai suara pun dah naik serak...
tapi hati remaja tetap keras jugak....

kalau di renung setiap saat....
dunia ini dah nak kiamat....
dah nak hilang segala nikmat....
amal soleh masih tak di buat....
nak tunggu kerepot baru nak taubat.....
entah sempat entah tidak.....

sepatutnya pada alaf baru ini,
biarlah hidup suci murni....
bukannya nak tambah dosa sendiri....
tapi merebut paha berguni-guni...
semoga tenteram naluri rohani...
sedarlah wahai remaja zaman ini..... ^________^




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...